Klinik Al Fateh | Klinik Perubatan & Keluarga di Pendang, Kedah
Klinik Pilihan Pendang

Kesihatan Anda
Keutamaan Kami.

Klinik perubatan swasta di Pekan Pendang Baru. Memfokuskan kepakaran rawatan sakit lutut & sendi, penjagaan luka moden, minor surgery, obesiti, serta perkhidmatan kesihatan keluarga yang profesional.

Hubungi 04-759 7211
Klinik Al Fateh Pendang

Selesa & Privasi

Doktor Berpengalaman
& Terlatih

Terima Panel

PMCARE, MI CARES, AIA

Sedia Menerima Pesakit Dari Panel Kesihatan Terpilih

PM CARE MI CARES AIA HEALTH CONNECT MEDNEFITS

Buka Setiap Hari

9 Pagi hingga 11 Malam
Termasuk Cuti Umum

Harga Berpatutan

Telus & tiada caj tersembunyi
untuk pesakit

Doktor Bertauliah

Barisan perubatan terlatih
berfokuskan pesakit

Mesra Keluarga

Menyantuni pelbagai lapisan
dari kanak-kanak hingga warga emas

Pilihan Penduduk Pendang

Rawatan Utama Klinik Al Fateh

Kami memfokuskan kepakaran rawatan klinikal diuruskan sepenuhnya oleh barisan perubatan profesional, dengan tumpuan khusus pada kesihatan sendi, bedah kecil, dan penjagaan luka kronik.

Suntikan Lutut dan Saraf

Lutut, Sendi & Saraf

Kerap sakit lutut hingga mengganggu pergerakan solat? Dapatkan penilaian punca sakit sendi/saraf dan rawatan suntikan intra-artikular yang bersesuaian, bagi pemulihan keradangan dan kesakitan.

Minor Surgery

Pembedahan Kecil (Minor Surgery)

Prosedur klinikal selamat untuk membuang bendasing pada kulit dan badan. Kami mengendalikan:

  • Pembuangan Skintag, Tahi Lalat & Kutil
  • Surgeri Kecil Membuang Lipoma & Cyst
Modern Dressing

Modern Dressing (Luka Kronik)

Pembersihan dan rawatan cuci luka yang terperinci bagi kecederaan kronik, khususnya ulser dan luka kencing manis (Diabetic Foot Ulcer) serta bedsore bagi mengelakkan amputasi dan jangkitan kuman.

Pengurusan Berat Badan

Rawatan Kurus (Obesiti)

Turunkan berat badan secara sihat dan berperingkat. Dapatkan khidmat ubat anti-obesiti yang diluluskan secara klinikal dengan panduan doktor bertauliah.

  • Penilaian Indeks & Rekod Kesihatan
  • Pengesyoran Ubat Anti-Obesiti Bersesuaian
  • Pemantauan Berat Secara Berkala

Perkhidmatan Menyeluruh

Selain rawatan utama, Klinik Al Fateh Pendang komited menyelesaikan prosedur perubatan harian untuk kesejahteraan keluarga anda.

Klinik Al Fateh Pendang

Ibu Mengandung & Bayi

Rawatan untuk keluarga, kesuburan, dan wanita.

  • Pemeriksaan / Buka Buku Pink
  • Imbasan Kehamilan (Baby Scan)
Klinik Al Fateh Pendang

Hidung, Tekak & Telinga

Penyelesaian untuk telinga tersumbat, masalah pernafasan dan resdung.

  • Cuci Telinga (Ear Wash)
  • Nebulizer & Sedut Kahak
Sunat dan Berkhatan Klinik Al Fateh Pendang

Berkhatan & Sakit Tuan

Prosedur yang selesa, diuruskan secara peribadi dengan penjagaan rapi.

  • Sunat Kanak-Kanak Lelaki & Dewasa
  • Pemeriksaan Sakit Tuan / Lelaki
Klinik Al Fateh Pendang

Saringan & Perubatan Am

Dari rawatan demam hingga pemantauan penyakit berpanjangan.

  • Medical Checkup, Gula & Kolesterol
  • Ujian Darah, Vaksin & Pemeriksaan Haji
Peneraju Kesihatan Anda

Kenali Pasukan Al Fateh Pendang

Kami mementingkan komunikasi yang jelas. Kami sedia menerangkan kondisi perubatan anda dengan telus, empati dan profesional.

Dr Akmal Nizam

Dr. Muhammad Akmal Nizam

Doktor Residen (MMC: 79235)

MBBS (Newcastle Upon Tyne)

Dr. Akmal merupakan tunjang utama perubatan di Klinik Al Fateh Pendang. Beliau komited dan berdedikasi tinggi dalam mendiagnosis masalah kesihatan am, penjagaan luka, dan penjagaan keluarga secara menyeluruh dan selamat.

Pasukan Perubatan Terlatih

Klinik Al Fateh Pendang turut dibantu oleh barisan staf jururawat terlatih dan pembantu klinik yang cekap bagi memastikan perkhidmatan yang efisien setiap hari dari jam 9 pagi hingga 11 malam.

Apa Kata Pesakit Kami?

Lebih 163+ ulasan dengan rating 4.4 Bintang di Google. Kepuasan pesakit adalah keutamaan terbesar kami.

"Alhamdulillah servis cepat dan doktor sangat teliti menerangkan ubat dan rawatan. Selesa bawa anak kecil dan keluarga datang sini."

- Pesakit Pendang

"Staf mesra, tempat sangat bersih macam private hospital. Buka sampai pukul 11 malam sangat mudah untuk hal kecemasan."

- Pelanggan Tetap

"Terima panel syarikat, proses dressing luka pun doktor buat dengan teliti dan lemah lembut. Sangat recommended klinik ni."

- Pesakit Panel

LIVE GOOGLE REVIEWS

[trustindex no-registration=google]

Fasiliti & Suasana Klinik

Menitikberatkan ruang yang bersih, moden dan menenangkan.

Info Sihat Al Fateh

Perkongsian dan kesedaran perubatan untuk rujukan pesakit kami.

Klinik Al Fateh Pendang
Kencing Manis

Bahaya Luka Kencing Manis & Penjagaan Modern Dressing

Pesakit kencing manis berisiko tinggi menghadapi jangkitan kuman pada luka kecil (Diabetic Foot Ulcer). Ketahui mengapa rawatan cuci luka secara klinikal (modern dressing) sangat penting bagi mengelakkan amputasi dan memastikan luka cepat sembuh.

Baca Artikel Penuh
Klinik Al Fateh Pendang
Metabolik

Suntikan Kurus: Adakah Ia Berkesan?

Ketahui bagaimana fungsi ubat anti-obesiti dapat membantu pengurusan berat badan yang selamat.

Baca Lanjut
Klinik Al Fateh Pendang
Minor Surgery

Kuku Cengkam Berdarah: Bila Nak Buang?

Jangan biarkan ibu jari kaki bernanah. Ini info ringkas mengenai prosedur membuang kuku cengkam.

Baca Lanjut
Klinik Al Fateh Pendang
Telinga

Bahaya Korek Telinga Guna Putik Kapas

Ia hanya menolak tahi telinga masuk lebih dalam. Rawatan cuci telinga (ear wash) lebih selamat.

Baca Lanjut
Klinik Al Fateh Pendang
Sakit Lutut

Kenapa Lutut Berbunyi 'Klik'?

Tanda awal sendi lutut haus. Jangan ambil mudah sebelum ia melarat ke tahap radang teruk.

Baca Lanjut

Baca Lagi Tips Kesihatan

Terokai pelbagai info menarik

Balikkan Kad

Jom Singgah Blog Kami

klinikalfateh.com/blog

Info Komuniti Talian

Ikuti Aktiviti Klinik Secara Langsung

Kami sering berkongsi info tentang penjagaan kesihatan keluarga, pemantauan pesakit kronik, dan tips rawatan harian. Pastikan anda follow laman sosial rasmi kami (@klinikalfatehpendang) supaya tak terlepas sebarang kemaskini!

Promosi Terkini

Pakej Promosi Istimewa

Pilih rawatan anda di bawah untuk melihat poster dan tebus tawaran sebelum slot penuh.

Promo Baby Scan

Baby Scan

Imbasan wajah dan pergerakan bayi dengan jelas dan selamat (2D/5D).

Promo Buku Pink

Buku Pink (Dari RM109)

Pemeriksaan antenatal lengkap untuk memantau kesihatan ibu hamil.

Promo Sakit Lutut

Pakej Suntikan Lutut

Rawatan pemulihan sendi RM1,200 (bergantung saranan klinikal doktor).

Promo Kurus

Pakej Obesiti / Kurus

Pengurusan berat badan secara sihat bersama ubat yang diluluskan.

Pencerahan Segera

Soalan Lazim Pelanggan (FAQ)

Kami faham anda perlukan info yang pantas. Berikut adalah jawapan kepada persoalan utama pesakit di Klinik Al Fateh Pendang.

1. Waktu operasi klinik dan adakah buka malam/cuti umum?

Ya. Klinik Al Fateh Pendang beroperasi Setiap Hari (termasuk cuti umum) bermula jam 9:00 Pagi hingga 11:00 Malam.

2. Berapa harga rawatan cuci telinga beserta ubat?

Prosedur cuci telinga (Ear Wash) di klinik kami sangat berpatutan. Namun, ubat tambahan seperti titisan antibiotik hanya akan dikenakan dan ditetapkan sekiranya telinga anda disahkan mengalami jangkitan oleh doktor.

3. Perbezaan scan 2D dan 5D? Week berapa yang sesuai untuk 5D?

Scan 2D (hitam putih) biasanya digunakan memantau struktur janin. Scan 5D pula memberi visual ton warna kulit yang lebih jelas & realistik. Waktu ideal untuk scan 5D adalah antara 24 hingga 32 minggu kehamilan.

4. Berapa charge consultation doktor di sini?

Caj konsultasi kami adalah telus, sangat berpatutan dan mengikut garis panduan kesihatan swasta. Harga keseluruhan bergantung kepada jenis masalah perubatan yang didiagnos.

5. Harga suntikan kurus & 1 pen tahan berapa lama?

Harga dan jenama ubat bergantung pada saranan klinikal doktor. Kebiasaannya 1 pen boleh bertahan bergantung kepada dos titrasi yang dikhususkan untuk badan anda. Anda perlu hadir sesi konsultasi awal untuk pemeriksaan.

6. Ada sediakan rawatan membuang kuku cengkam?

Ya. Prosedur buang kuku cengkam (Minor Surgery) disediakan secara klinikal dan selamat bagi mengelakkan komplikasi jangkitan bernanah pada jari anda.

7. Adakah klinik menyediakan rawatan sakit tuan?

Ya, kami sedia merawat dan membuat saringan untuk kesihatan/sakit tuan secara profesional dengan jaminan privasi rekod pesakit dipelihara.

8. Berapakah harga suntikan Typhoid (Pengendali Makanan)?

Kami ada menyediakan vaksin Typhoid untuk pekerja F&B. Sila hubungi talian klinik/WhatsApp kami bagi menyemak stok semasa dan kadar harga terbaru.

9. Klinik menerima pesakit dari panel perubatan syarikat?

Ya, kami sedia menerima dan mengalu-alukan pesakit panel syarikat. Panel utama kami termasuk: PM CARE, MI CARES, AIA, HEALTH CONNECT, dan MEDNEFITS.

Ada Soalan Lain?

Kami sedia menjawab sebarang kemusykilan dan membantu merancang sesi rawatan anda dengan selesa.

Hubungi Kami

Kami Sedia Membantu & Merawat Anda.

Langkah pertama menuju kesembuhan bermula di sini. Kami beroperasi di Pekan Pendang Baru bagi memastikan anda mendapat perkhidmatan perubatan yang telus dan empati.

  • Waktu Operasi

    Isnin - Ahad : 9:00 Pagi - 11:00 Malam
    (Termasuk Cuti Umum)

  • Lokasi Klinik

    No. 167, Pekan Pendang Baru, (Tingkat Atas & Bawah),
    06700 Bandar Pendang, Kedah

Kongsikan Pertanyaan Anda

Lengkapkan butiran di bawah dan sistem akan menghubungkan anda terus ke WhatsApp kami secara sulit.

© Klinik Al Fateh Pendang. Hak Cipta Terpelihara.

Hubungi Klinik